Pages

Tuesday, 22 December 2015

Minggu Ulangkaji

Hai dan Assalamualaikum semua.

Dah masuk dah minggu ulangkaji
Baru ingat nak balik kampung. Tapi nanti komfem tak study punya lah
Kannnnnnn
So, aku decide takyah balik lah. Study sini je dgn membe2. ihiks

Tapi, walaupun dah masuk minggu ulangkaji, aku masih lagi tak mula study lagi
Hahahaha, nampak tak diri ni masih tak sedar lagi yang nak dekat exam dah :P
Tapi bukan apa, minggu ni sebok sikit dengan presentation
Ade dua presentation yang perlu diselesaikan minggu ni
Sebab tuh lah tak mula study lagi. hehe

Tapi, Alhamdulillah. Semuanya sudah selesai.
Sekarang ni aku cuma kena "study smart" lah kann
Kena kejar balik apa yang patut ulangkaji
Kalau ikutkan, banyak juga benda yang aku kurang faham
So kenalah struggle sikit untuk cover balik semua tuh

Tapi aku rindu zaman matrik.
Selalu study ramai-ramai dengan roommates 5 orang
Semua keluarkan apa yang dorang faham
Serius rinduuuuuuuu
Kat sini roommate sorang. Kalau tak faham, nak kena tanya kawan-kawan
Kawan-kawan taklah dekat mana pun. hmmm

Apa-apa pun, rajin-rajin kan lah diri tuh untuk study yek. haha
Exam nak dekat dah.
Assalamualaikum


Epilog

Hai dan Assalamualaikum semua.

Hmmm, dah nak habis semester 1 dah. Setakat ni Alhamdulillah semuanya ok selama belajar di sini. Cuma kadang-kadang macam tak faham apa pensyarah ajar. Jadi, kena lah cari alternatif lain kalau dah tak faham kan. Cuba dapatkan tunjuk ajar daripada rakan kelas lain. Mungkin dapat membantu. hehe

Dan, semalam. Berakhirlah kelas bagi Aplikasi Komputer. Presentation semuanya sudah selesai. Group aku bagi komitmen yang sangat sangat sangat baik. Aku bersyukur dapat ahli kumpulan macam korang. The best ever. In shaa Allah, ada peluang kita berjumpa lagi :) aku sayang korang, serius :')

Jadi, aku nak ucapkan selamat berjaya dan goodluck untuk semua classmate aku untuk exam akhir. Semoga dengan ilmu yang kita dah belajar ni, kita dapat jawab exam dengan baik. Maafkan kalau aku ada buat salah dekat korang. Aku doakan kita semua berjaya dunia akhirat.

Assalamualaikum.

Sunday, 13 December 2015

Prolog

Kisah bermula masa aku form 3. Apabila baru habis kelas tuisyen, Azila aku ajak pergi jumpa teman dia jumpa "member" katanya lah. Aku pun teman lah, sebab member kan. Bila dah sampai, emmmmm lelaki. Hahahahahaha, aku dah mula berfikir mungkin teman lelaki dia?

Pada kelas tuisyen seterusnya. tiba-tiba cikgu mula bertanya. "Atifah, siapa lelaki yang bagi buku dekat Azila tuh?". Azila terkedu, aku terdiam. Hahahaha, tengok reaksi muka Azila seperti dia cuak sebab cikgu nampak. Cikgu terus membahan Azila hingga kelas tamat.

Keesokan harinya, ada satu nombor tidak dikenali pada mulanya telefon aku. Aku angkat, suara lelaki. Tetapi dia berbahasa cina. Aku terus tutup. Salah nombor agaknya. Tidak lama kemudian, tiba-tiba nombor yang sama mesej aku. "Hai". Aku mula bertanya. "Siapa ni?". Dalam fikiran aku berfikir, mungkin kawan-kawan nak mengenakan aku. Hahahaha

Bila dah lama-lama mesej, akhirnya dia mengaku dia member kepada member lelaki Azila. Aku syak Azila yang bagi nombor aku kat mamat ni. Pada mulanya, aku malas nak layan sebab aku bukan jenis yang senang nk bercakap dengan lelaki. Tapi tiap hari dia mula mesej aku. Seterusnya, mestilah bersambun-sambung sampai kehari seterusnya. Aku dan dia hanyalah sekadar kawan.

Friday, 4 December 2015

Syukur

Hai dan Assalamualaikum semua
Harini tetiba rasa nak update blog. hehehe :D

"SYUKUR"
Banyak sebenarnya dalam hidup ni kita kena bersyukur
Dalam erti kata lain berterima kasih

Aku bersyukur mempunyai keluarga yang bahagia
Adik-beradik yang selalu bergaduh, tuh yang buat kami makin rapat. Hahahaha 
Mak Abah yang kadang selalu memberi apa yang aku nak
Seolah memahami keinginan aku tersebut
Penting.

Aku bersyukur mempunyai sahabat yang selalu ada ketika senang dan susah
Selalu berkongsi cerita, tapi sayang, kita jauh.
Hanya bole jumpa kat Ipoh ja, itu pun masa cuti
Aku doakan semua berjaya di tempat masing-masing


Aku bersyukur, mempunyai team yang sangat memberi komitmen
Saling memahami, seolah macam sudah lama kenal
Walaupun aku agak tak banyak cakap
Tapi dorang lah yang selalu buat aku gelak gila-gilanya lahh



Itu jela entri aku kali ni
Assalamualaikum :)


Wednesday, 2 December 2015

New Adventures

Hai dan Assalamualaikum semua
Blog kali ni kena tulis pasal akronim untuk nama sendiri tapi diganti dengan perkataan lain
Aku memilih NA = New Adventures

Aku ni jenis yang suka cari pengalaman baru
Bagi aku best cari pengalaman baru ni, dalam masa yang sama bole simpan sebagai memori kita
Yela, mesti ada pengalaman yang suka dan duka kan
Pahit dan manis, ecehwahh :D

Aku jenis yang suka join aktiviti yang lasak
Macam perkhemahan dalam hutan, hiking
Dari situ banyak lah pengalaman yang aku dapat
Macam-macam kita bole dapat
Dapat kawan baru, dapat ilmu baru, dapat memori yang bole disimpan

So, dari sekarang aku mula untuk cari pengalaman baru
Tak lama lagi aku akan ke Cameron Highland
Untuk climberthon and altetiud fitness *taktau lah betul dak eja nya sebab coach yang bagi. haha :D*
Aku tak sabar nak ke sana, sebab nak merasa fitness dalam cuaca yang sejuk dan suhu yang lain dari biasa
Seronok sebenarnya join aktiviti-aktiviti macam ni

Hahahaha :D
Ok lah, sampai sini dulu entri aku kali ni
Aku rasa mcm tak banyak idea mlm ni
Otak dah tak bole fikir panjang

Assalamualaikum :)




Sunday, 29 November 2015

Q = Quality

Hai dan Assalamualaikum semua
Alhamdulillah dapat jugak internet harini dan baru berkesempatan nak update blog
WiFi problem memanjang. hahahaha :D

Ok, tema untuk minggu ni ialah abjad
So aku dapat abjad "Q" untuk Quality
Hehehe

Aku nak cerita pasal "Quality Time"
Minggu niy aku sempat lah luangkan masa dengan senior dan membe-membe publisiti KKUKM harituh
Plan last minit, tapi semua bagi respons yang baik, haha
So, hari jumaat lepas solat jumaat kitorang plan pegi main bowling
Kat bangi gateway je. hahaha :D

Ni kira first time aku main bowling
Sebelum ni segan sebab tak pandai
Kali ni aku mencuba. hehe
Alhamdulillah, walaupun baru pestime main, ok lah takde teruk sangat skor aku
Tapi bnyk gak masuk longkang

Then, lepas nak penat main 3 game
Kitorang pun dah kebulur, kelaparan
Plan lah pegi makan cendol. hehe
Nk makan kat tasik cempaka, tapi hari jumaat dia tutup kan
So, carilah cendol yg kat tepi jalan ja

Minggu depan kitorg plan nak pegi tgok wayang pulak
Mintak semua dapat berkumpul. hehe

Aku lanja sikit lah gambar kitorang, hehe


Ok lah, itu sahaja entri au kali ni
Assalamualaikum :)

Wednesday, 25 November 2015

Jalan-Jalan

Hai dan Assalamualaikum semua
hmmm, minggu ni barulah aku rasa mcm ada rehat sikit
Tak macam minggu lepas, penuh dengan bermacam aktiviti yg aku kena buat sampai cuti mcm tak cuti ja
Hahahaha

Ok, minggu ni aku nak tulis entri pasal
"Jalan-Jalan"
Ha, cakap pasal jalan-jalan ni aku masih takde peluang nak p jalan sana sini
Setiap kali dah plan nak keluar, mesti tak jadi sbb tetibe ade hal
So, selama masuk ukm ni tak pernah lagi lah p berjimba
Hahahaha

Kadang aku tgok kawan-kawan dok update moment p ioi city mall, mid valley, putrajaya dan sebagainya
Rasa mcm jeles pun ada, setiap minggu p jalan
Tapi pelik gak, banyak noh duit deme ni nak p sana, tgok wayang, makan dip n dip
Haihhh, aku ni ha nak keluar area bangi pun fikir 2 3 kali sebab takut berbelanja banyak nnti duit habis pulak

Tapi, aku dah plan nak jugak p putrajaya
Nak release sikit tension ni
Hahahaha
Bukan selalu nak p sana sini
Sebulan dalam sekali je kot bole jalan-jalan :D

Jadi, akhir kata aku akan cari jugak tarikh yg sesuai untuk aku release tension
Hahahaha


Assalamualaikum :P

Monday, 23 November 2015

EMOSI

Hai dan Assalamualaikum semua
Aku nak tulis sikit pasal emosi
Hehe

Ok, emosi ni ialah perasaan atau reaksi yang ditunjukkan terhadap seseorang atau kejadian.
Emosi ni jugak bole ditunjukkan bila kita rasa senang, marah atau takut terhadap sesuatu perkara.
Macam aku ni, serius talk. Aku memang jenis yg takut bila tgok org yg emosi marah-marah
Hahahahaha, automatik badan aku akan menggigil
Tak tau lah kenapa enn

Aku jadi mcm ni sebab  aku penah alami situasi org kena rasuk
Masa tu mestilah denga benda tuh jerit2 marah2 kan
Sejak dari tuh, aku fobia bila denga org jerit2  atau marah2
Hahahaha

Ok lah, sampai sini dulu entri aku kali ni
Assalamualaikum

Thursday, 19 November 2015

17 NOVEMBER 2015

Hai dan Assalamualaikum semua
kalau tengok tajuk blog aku tuh
tuh senanya tarikh hari jadi aku. heeeeee 
Tapi, aku rasa hari jadi aku tahun ni paling rare ahhhh
Hmm, banyak gila drama


First, pada malam tu
Membe aku nak pinjam kete aku sbb dia ade nak beli barang untuk projek ape ntah
So, aku bagilah kan, lagipun malam tu aku nak guna kete lepas habis kelas dalam pukul 10 mcm tuh
Dia kata nak pinjam sampai pukul 9.30 je


Then, tiba-tiba
Masa rehat dalam kelas jap, membe aku whatsapp
Panjang kot dia whatsapp


Masa tuh Allah jela tahu macam mana perasan aku masa tu
Menggigil, takut, risau, macam-macam perasaan lahh
Aku mmg dah takleh fokus masa dalam kelas
Aku dah janji nak amek kek kat akak aku, then nak pergi putrajaya
Punya lah aku tipu dia sampai aku ckp aku amek kek tuh esok jela
Kelas habis lambat semua tak dpt pegi putrajaya, padahal kelas dah habis
Aku takut, takut nk ckp dgn akak aku, nnti mesti dia marah aku


Then, tetiba akak aku whatsapp. dia kecewa dgn aku, sbb aku bagi excuse
Nak amek kek sekejap pun takleh, nak ajak pegi putrajaya tak jadi
Memang dia merajuk ah ngan aku
Aku pun mulalah meleleh dah ayaq mata ni


Pastu aku buat keputusan, pegi jela amek kek, aku suruh senior aku hantarkan
Dah sampai fep, aku jumpa akak aku
Then, start lah drama. akak aku bebel-bebel kat aku
Pastu dia mintak hantar dia balik kolej, terus dia nak blah
Aku dah cuak, aku panggil akak aku. suruh datang sini
Aku cakap ah ade problem
Then aku cerita lah perkara sebenar


Pastu akak aku nk p kat kawan aku tuh ha, nk tgok keadaan kete aku
Nasib dia tak marah, masa tuh aku dah lega ah sikit
Sampai kat membe aku, dorg tenga tukar tayar spare
Membe aku dah cuak ah tgok akak aku, mintak maaf dia kat akak aku, sbb takut punya pasal
Then, akak aku pun ckp takpelah en, benda nak jadi. 
Dalam pukul 12 gak lah siap tukar tayar semua


Memang kenangan ah untuk birthday aku kali ni
Akan aku ingat sampai bila-bila
Puas aku nangis dah semalam, macam-macam dugaan
Malu je woi nangis depan roommate, depan senior. 
Aduhh


Apa-apa pun, aku bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini
Alhamdullilah


Itu jela entri aku kali ni
Assalamualaikum

Sunday, 15 November 2015

KERJA

Hai dan Assalamualaikum semua.
Ha, cuti midsem dah habis wehhh. hahahaha
Tak puas rasanya cuti, rasa macam sekejap ja
Aku pun dah pun selamat sampai di kampus ku yang lestari ni. hihihi
Gerak awal dari Ipoh sebab takut jammed
Tapi Alhamdulillah, tak jammed sangat pun. heeee


Ok lah, back to topic.
"KERJA"
Masa cuti midsem harituh, banyak gak lah kerja kena buat
Subjek Aplikasi Komputer, Apresiasi Teknologi Maklumat, Pengantar Pengurusan
dannnnnnn sebagainya


Aku ni, kalau dah dapat cuti
Sehari dalam 1jam je aku bukak buat kerja
Selebihnya aku dok buat benda lain. hahaha :P
Weekend baru aku sentuh sepenuhnya. hahahahaha
Kelam kabut nak siapkan. haaaa


Biasa lah tuh kan
Kebanyakkan student yang tak rajin macam aku ni lah akan jadi macam ni
Hahahaha
Kerja last minute lah katakan


Masa cuti harituh pun. sepatutnya aku kena study gak lah
Sebab minggu depan ada lagi 2 exam
Tapi, bila penyakit "M" ni dah mai
Bukak buku ja, mengantok
Adehhhh, parah kot
Hahahahha


So, dah balik ukm ni lah kena study balik
Nanti exam tak tau nak jawab apa
Nayaaaaaaa :D


Ok lah, itu je kot entri aku kali ini
Aku lapar, nak p makan :P
Assalamualaikum

Friday, 13 November 2015

CUTI MIDSEM

Hai dan Assalamualaikum semua.
Rasanya masih tak terlambat kot nak ucapkan selamat bercuti kepada kawan-kawan degree
Hehehe


Okay, cakap pasal cuti ni
Aku baru je balik dari bercuti dengan family
Hihihi
Kali ni kitorang pegi KELANTAN
Bagi aku, kat kelantan ni takde ape sangat
Cuma kat sini kaya dengan makanan dia lahh
Sedap-sedap semua
Lagi satu tempat untuk shopping
Murah bebbb. hehe


Sepanjang kat sana, hampir setiap kali makan tengah hari makan kat kedai nasi ulam
Hahaha
sebabnya makanan kat situ murah
Amek lah mcm2 lauk pun
Macam family aku harituh, amek ikan keli 3ekor besar-besar, amek ulam, lauk pauk yang lain, air 2 jag.
Makan 6 orang
Semuanya RM40 je wehhhh
Makan pun memang puas lahh.


Harituh sempatlah singgah satu pantai ni. hehehe
Nama dia Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Kat depan pantai ni ade lah kedai-kedai makan
Masa aku p tuh petang
So, singgah lah makan petang kat situ kann
Best. ada kepok lekor. hehehe
Ada jugak yang cucuk-cucuk tuh ha
Okay lah makan situ, sebab dia panas-panas
Lagi-lagi dok tepi pantai en.
Terbaik ahh


Family aku. Ni kat Pantai Cahaya Bulan

Ni lah makanan yang ada kat kedai tepi-tepi pantai tuh. hehehe

Keesokannya pulak.
Kitorang pegi breakfast kat Kopitiam Kita
Sedap dohh, macam-macam makanan ada
Pelbagai pilihan. fehhhh, nikmat gilaaaa
Hahahaha

aku amek Teh beng, Roti Titab, Cek Mek Molek masa makan kat Kopitiam Kita

Makan tengah hari macam biasa makan kat kedai nasi ulam
Lepastu takde jalan mana-mana pun.
Tunggu malam, kitorang p Wakaf Che Yeh pulak
Ha, ni tempat shopping lah.
Baju, kasut, kain pelekat, kain batik, baju pasang. haaaa, semua ada
hahahaha
Boleh tawar menawar lah kalau nak murah sikit. hihi
Kat sini aku beli kasut je. huhu 

Wakaf Che Yeh 

Then, next day.
Pegi Pasar Siti Khadijah (kalau tak silap lah nama dia ni. hehe :P)
Ini pun tempat shopping jugak
Sini ada jual baju, makanan macam kepok lekor, kepok kering, asam-asam, dan segala makanan lah. hahahaha
Sini memang banyak pilihan makanan, korang jangan risau, hehehe
Lepas dah shopping situ, kitorang pun berangkat lah pulang.
Kat kelantan ni cuaca dia panas sikit. so, taknak lah lama-lama dok sana. hahahaha


Ok lah, setakat tuh jela blog aku kali ni.
Assalamualaikum :)

Saturday, 7 November 2015

NAFSU

Hai dan Assalamualaikum semua
Tajuk kali ni ialah "NAFSU"
Nafsu ni bermaksud keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat
Nafsu ni terbahagi kepada dua iaitu ada nafsu yang baik dan ada nafsu yang buruk


Nafsu yang baik ialah nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah yang ditetapkan Allah s.w.t
Manakala nafsu yang buruk ialah nafsu yang hanya mengikut keinginan fikiran dia je tanpa melibatkan hati nurani dan perintah yang Allah s.w.t. tetapkan


Ok, itu serba sedikit makna untuk nafsu
Meh lah aku cerita sedikit pasal aku. hahahaha


Nafsu aku yang utama ialah pada makanan
Aku paling pantang kalau ade makanan yang sesedap lagi-lagi makanan yang baru keluar
Memang aku akan cari lah makanan tuh. hahahaha
Dan aku pantang kalau ada orang ajak keluar makan
hahahaha :D
sebabnya aku ni jenis yang kuat makan. hehehehe


Kedua, nafsu aku mendesign macam-macam untuk kegunaan sendiri
Aku suka buat semua benda yang aku perlu sendiri
Sebab aku suka design, suka tangkap gambar. hehehehe
Baru-baru ni aku deisgn cover phone sendiri, sbb aku tak mampu nak beli yang lawa-lawa kat kedai tu
So, aku decide untuk buat sendiri
Frame gambar pun aku buat sendiri. heeeeee
DIY lah katakannn. hahahaha


ni contoh cover phone aku buat. hahaha


Ketiga, nafsu aku pada produk kecantikan
Aku ni jenis yang aktif aktiviti luar, dan kulit aku jenis yang senang burn
So, aku akan search banyak-banyak produk kecantikan untuk hilangkan kesan burn ni
Sampai sekarang muka aku masih berbelang :D hahaha
Aku tak tau nak pakai apa dahh
Bnyak dah aku pakai produk. hahaha



Tunggu aku update nanti, sebabnya sekarang tenga cuti
So, aku nak bercuti. weeeee
Ok, setakat itu jela entri aku kali ni
Assalamualaikum :)

Wednesday, 4 November 2015

PERPISAHAN

Hai dan Asssalamualaikum semua
Korang tengok tajuk atas tu ha
"PERPISAHAN"


Minggu ni mmg bnyak perpisahan yang berlaku
hahahahaha


First, group aku iaitu Group 9 bagi aplikasi komputer sudah pun dibubarkan. hahaha
Sebab nya Hariz dapat pindah kredit bagi subjek ni
dan Hariz salah seorang ahli group 9
Jadi kena lah bubarkan, tinggal 3 orang gadis je dalam group ni. hahahaha
So, aku dipindahkan ke dalam Group Shamim, Pipah dan Wawa. heeeee


Aku dah baca blog Hariz (klik untuk baca), dia ada mention nama aku
Terharu bebbbb. Hahahaha
Nanti kau datang Ipoh, aku lanje "Nasi Goreng Bangkok" tu ha. haha
Kau jangan lupa aku pulak lepas ni Hariz. hehehe


Ok, second. Aku kena berpisah dengan Exco Publisiti
Sebabnya Karnival Konvokesyen dah tamat wehhhhh T_T
Sedihhh
Lepas ni mesti susah dah nak jumpa semua
Kalau lepak pun mesti sebahagian je, tak semuaaaaa


Serius, aku seronok gila dapat kenal dengan korang.
Korang the best lahhhh

Zizi, sebagai ketua kitorang. Kau mmg terbaik
Jarang nak marah kitorang yg kadang malas, tak datang meeting. hehehe
Kau lah penghibur dalam exco ni
Dengan lawak-lawak kau tu. hahahaha
Terima kasih sebab tahan dengan perangai aku yang selalu bertanya macam-macam
Heeeeee


Aku lanje sikit gambar Ketua ni ha. heeeee

Aku, Zizi

Dan ni lah ahli Exco Publisiti yang Awesome tu. hehehehe

Aku, Din, Hadi, Hani, Zati, Baiti, Zizi, Fiza, Musliha, Intan, Nabila, Wana
p/s : akmal, syazmeen dan syer takde

So, sampai sini jela entri aku kali ni
Assalamualaikum :')

Sunday, 1 November 2015

Adik-Adik Kesayangan

Hai dan Assalamualaikum semua

Emmm, aku tak tau nak tulis apa
Tapi aku nak update jugak. hahahahaha

Aku tak sabar nak balik cuti mid ni
Sebab aku dah rindu sgt dengan adik-adik akuuuuuu
Dalam group mak abah asyik dok hantar je gmbar dorg
Tuh yg aku jadi lagi rindu

Haziq yg dah petah bercakap
Zahin yg dah makin membesar dan mengada
Iffah yg makin rajin buat keje sekolah

Balik ni memang aku lepas gian lah dgn dorang
Rindu dgn perangai haziq yg manja tu
Suka buat orang cair dgn dia
Sampai tak jadi nak marah kalau dia buat pasal


Zahin yg selalu merengek manja
Sekali dia mengamuk, mmg payah nak pujuk
Dia lembik kan badan dia sampai jadi berat
Fuhhhh, letihhhh


Iffah yg selalu mintak tunjuk ajar dari aku
Bila balik sekolah mmg dia akan panggil aku untuk tolong ajar dia buat keje sekolah
Dia mmg rajin, balik sekolah terus buat keje
Dia takmau tangguh-tangguh
Nampak lah kesungguhan dia tu
Harap dia teruskan belajar macam ni
Hehehehe

Nah lanje gambar sikit. heeee
Iffah, Haziq, Zahin


Ok lah itu je aku nak cerita
Assalamualaikum :)

MAKANAN


Hai dan Assalamualaikum semua

Ok, nak cakap pasal makanan ni
MAKANAN


Memang tak dinafikan banyak gila makanan yg sedap-sesap di Malaysia ni
Lagi-lagi kat Perak
Makanan favourite aku ialah
"Nasi Goreng Bangkok"


Susah senanya nak cari nasi ni
Kebanyakkan tempat aku tak jumpa pun
Nasi ni dia berkuah, lepastu nasi dia dibalut dgn telur
Yang sedapnya kuah dia tuh ha


Aku tak tau mcm mana nak citer
Memang sedap lah
Itu makanan favourite aku


Nak citer sikit lah restoran-restoran kat Perak ni
Yang aku penah pegi Mee Rebus Ramly
Sini Mee Rebus dia lah famous, chicken chop dia pun bole tahan sedap

Kedua, Restoran Kampung Ipoh
Sini makanan dia semua sedap-sedap
Murah dan apa yg dihidangkan mmg berpatutan dgn harga dia

Ketiga  ialah Nasi Lemak Kampung Ipoh
Sini kalau ade nak buat jamuan mmg korang patut datang sini
Memang sedap makanan dia
Menu utama dia ialah Nasi Lemak dia lahhh


Banyak lagi senanya tempat makan kat sini
Paling bnyak restoran western

Aku rasa setakat tuh je aku nak tulis
nnti aku update lagi
Assalamualaikum

Sunday, 25 October 2015

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

Hai dan Assalamualaikum semua.
Ok, aku nak cerita lah sedikit pasal "Karnival Konvo" ni ha

Aku join bendalah ni jadi exco publisiti
Aku masuk pun sbb akak aku yg tolong
So, aku nak try lah kan
Ingatkan lah senang
Skali, banyak gila kerja kena buat
Banner, banting, poster

Aku bole tahan lagi buat semua tuh
Yang aku tak tahan, bila tetibe dah buat, dorg tukar program
Memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi lah kan
Nasib aku bukan jenis yang tak cepat putus asa
Hahahaha, ayat poyo

So, bagi aku bila join program macam ni
Memang aku dapat pengalaman yang baru lah
Dapat jugak kenal senior-senior
Dan banyak jugak aku bertanya. hahahaha
Kalau tak memang payah senanya aku nak bercakap
Ade skali, aku yang kena ckp kat depan untuk update pasal exco publisiti
Memang ketaq lahhh
Tapi semuanya lancar
Alhamdulillah. heeeee

So, start dari 29 Oktober sampai 3 November 2015
Akan berlangsung lah Karnival Konvokesyen Ke-43 Ukm
Aku pun akan sebok lah masa ni kann
Harap tak banyak assingment lah nanti ye
hahahaha

Korang semua bolelah datang nanti ye
Memeriahkan lagi Karnival Konvo ni
Macam-macam aktiviti menarik ada tauuuu
Artis jemputan pun ada wehhhh
hehehehe

Ok lah, sampai sini je entri aku kali ni
Selamat Malam
Assalamualaikum :)

SESAL

Hai dan Assalamualaikum semua.
Macam biasalah, bila tiba hari ahad baru berkesempatan menulis blog
Minggu yg agak busy jugak lah
Dengan karnival konvo yg dah nak dekat dan jugak sukem yang masih berlangsung
So, agak busy lah minggu ni

Ok, straight to tajuk kat atas tuh
"SESAL"
bak kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'
hahahaha. macam tak kena je 

Minggu ni banyak jugak perkara yang aku sesal
First, sesal sbb masa dalam kelas sir Azzwan tak tanye balik mcm mana nak buat page number kat microsoft
Lepastu masa nak jawab lab test
Ha, amekauuuu. ntah pape page number nya
Berterabur, dengan page 1 ulang 2 kali. 
Tuh lah, masa sir tanya "ade soalan tak?"
Takmau p tanye. kan dah sesal


Second, aku sesal sebab tak turun training untuk olahraga setiap ptg
Hahaha
Dah lah masuk acara 200 meter dgn 4x400 meter
Pastu tak turun training. Turun pun 2 kali je
Ha, bila dah tiba tarikh pertandingan (jumaat harituh)
Mahu tak gelabah aku dibuatnya
Dgn tak berapa training, mmg aku main lari jela masa tuh
Tak fikir dah nak menang apa semua
Fikir aku dapat habiskan larian je
Hahahaha, bapak terukkkkk

Ade lagi lah benda yg aku sesal
Kali ni aku malas nak tulis panjang-panjang blog ni
So, sampai sini sahaja lah entri aku kali ni


Malam nnti aku update lagi
Assalamualaikum :)


Sunday, 18 October 2015

SUKEM

Hai dan Assalamualaikum semua
Ok, disebabkan kena cukupkan 8 blog (mlm ni last)
So, aku nak menulis sikit lah entri ni

SUKEM
Ok, cakap pasal sukem, aku dah bagitahu kan kat post sebelum ni
Aku masuk acara Softball
Actually, aku takdelah tahu sangat main softball ni
Pukul selalu tak kena. hahahaha

So, aku mencuba untuk mewakili kolej ibu zain dalam acara softball
Kiranya aku nak mencari pengalaman lah kan
hehe

Pada mulanya dia ada buat pemilihan jugak
Aku dah nebessss dah time tu
Mana taknya, aku dah lah tak pandai main sgt
So, bila ada yg tarik diri, dia tak buat pemilihan
Kiranya semua yg turun training tu, semuanya masuk
hehehe, lega aku sebabnya aku nak jugak wakil kolej

Ok, berlatih punya berlatih
Tibalah hari perlawanan
Mula-mula kitorang lawan dengan ktho
Menang. hehehehe

Lepastu esoknya, lawan dengan ktdi pulak
Tapi kitorg kalah.
Then lawan dgn kpz, kitorg kalah lagi
So, tak dpt lah teruskan perlawanan hingga ke suku dan final

Apa-apa pun, aku suka dengan semangat team aku
Memang semua perform sangat sangat
Training pun selalu turun
Walaupun masa lawan tuh pitcher kitorg asyik kena psycho je kan
Tapi kitorg watlek jekkk
Hiraukan je orang lain. tetap tersenyum :)

Akhir kata, Aku bangga jadi buzainer athlete bagi acara Softball
banyak pengalaman aku dpt
dan banyak jugak ilmu pasal softball yg aku dpt

So,mcm biasa lah. aku lanje sikit gambar. hehehe

Aisyah, kak Madi, kak Umi, kak Ain, kak Aishah, kak Syida, Aku, kak Fatin, kak Zikah, Baiti



BEBAN

Hai dan Assalamualaikum semua.
Baru berkesempatan untuk menulis blog

Kalau berpandukan TITLE kat atas tu
Rasa beban sgt nak buat semua aktiviti minggu ni

Mana tak nya, sebok dgn latihan softball untuk sukem setiap petang
Sebab nya lawan pada 17/10 - 18/10
So, kena lah gigih turun latihan setiap petang

Aku terasa sgt banyak beban sekarang
Assignment tak terbuat
Study untuk mid term pun tak terjalan

Harini pulak ditambah beban dgn kekalahan team softball buzen
Tak semangat rasanya nak buat semua benda
Macam-macam jadi harini

Main tengah hari dgn jerebu
Panas dia toksah cakap lahhhhhhh
Panas baqhang
Mood memang dah kelaut
Kena physco dgn team lawan. Fehhhhhhh
Memang tak terdaya dah perasaan ni
Semua benda ada je tak kena

So, akhir kata.
Aku terasa beban sgt minggu ni dgn macam-macam aktiviti
Sebok sangat sangat sangat

Apa-apa pun aku bangga dengan buzainer athlete untuk softball
Memang semua perform habis habisan

Itu jela entri untuk masa ni
Malam nnti aku update lagi satu

Assalamualaikum




Sunday, 11 October 2015

KENANGAN MANIS

Hai dan Assalamualaikum semua.
Tetibe malam ni nak tulis entri ni
Sebab nya aku teringat kenangan-kenangan manis masa kat sekolah dulu

Aku dulu kat sekolah aktif dalam badan beruniform
Aku ni jenis yg suka aktiviti-aktiviti yg lasak
Aku join Kadet Pertahanan Awam (KAPA)
start dari aku form 3 aku masuk kawad kaki untuk KAPA dalam sukan sekolah
bila dah ada rasa minat tuh, ha mulalah sampai ke form 5 asyik muka aku je yang masuk kawad kaki
hahahahaha

So, masa aku form 5 sekolah kitorang ade terpilih untuk pertandingan antara sekolah-sekolah kat zon aku ni
Aku pun apa lagi join jela
Nak cari pengalaman
hehehe

Ok, kitorang dilatih oleh jurulatih dari JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia)
Dia punya latihan mmg kaw-kaw punya
Memang sakit ahhh
Jurulatih yang garang, langsung tak senyum, kawad sampai tak henti untuk berehat
Fehhhh, mmg kena habis

Tapi, Alhamdulillah
Walaupun kena latih teruk-teruk
Kitorang menang masa pertandingan tuh
Memang banyak acara lah menang
Kawad kaki JOHAN, then ada lagi bnyk acara yang dpt JOHAN dan NAIB JOHAN
(aku tak ingat acara lain, aku ingat kawad kaki je. hahaha)
Keseluruhan sekolah kitorang JOHAN

So, itu baru menang Peringat Daerah
Lepas tu kitorang lawan untuk Peringkat Negeri

Malangnya, nasib tidak menyebelahi sekolah kitorang
Kitorang dpt NAIB JOHAN untuk kawad kaki
dan NAIB JOHAN untuk keseluruhan.

Apa-apa pun bagi aku itulah kenangan yang paling manis masa kat sekolah
Bukan senang nak masuk pertandingan ni
Kira aku dpt pengalaman, ilmu dan dapat kawan baru

Meh aku lanje sikit gambar masa Peringkat Daerah. Masa peringkat Negeri takde gambar. hahaha

Ni lawan kat PGA tempat tinggal aku. hahaha, padang kawad niy dekat je hah ngn blok aku
Ok, setakat tuh jela entri aku kali ni
Nanti aku share pasal Kawad Kaki kat matrik pulak. hahahah

Assalamualaikum :)

Saturday, 10 October 2015

10/10

Hai dan Assalamualaikum semua.
Baru berkesempatan menulis blog untuk minggu ni. 
Biasa lah busy dengan latihan untuk Sukem.

Emm, 10/10 ehh
aku senanya takde idea nak tulis pasal apa dengan tarikh 10/10 ni
yela, nak cerita pasal masa silam aku, takde peristiwa apa2 yg berlaku pada tarikh tu

Aku siap tanye kawan aku
"wehh bagi idea nak tulis blog pasal 10/10 ni"
Then kawan aku pun cakap ah, tunggu lah 10/10. 
Sebab nya 10/10 ni tarikh Hari Sukan Negara

So, kena ckp lah pasal sukan enn. 
Aku tak cerita panjang
Aku cerita pasal abah aku lah
hahaha
Nak cerita pasal aku, aku tak p bersukan pun harini. p latihan softball je ha

So, pagi tadi aku bukak whatsapp,
tgok abah aku hantar gambar
Pasukan Gerakan Am tempat abah aku kerja ade buat aktiviti sukan sikit sempena Hari Sukan Negara ni

meh lanje sikit gambar, hahahaha 

yang aku bulat tuh abah aku. hehe, nampak tak betapa teruknya jerebu kat sana

Dorang buat aktiviti ni dgn rekrut dorang yang pakai baju putih kat belakang tu ha
Yang baris depan2 ni geng abah aku
Dorang ni sebagai jurulatih untuk rekrut tu

Em, ok lah. aku pun tak tahu nak tulis apa dah
hahaha
Tu jela entri aku kali ni

Assalamualaikum :)





Friday, 2 October 2015

Ex-Roommates

Hai dan Assalamualaikum semua.
Tetibe terpanggil nak menulis blog malam ni, kalau tak hujung minggu baru nak nulisnya pun.
Ok straight to tajuk yg tertera kat atas tu ha

"Ex-Roommates"

Aku rindu senanya dgn roommates masa kat matrik
Mana taknya satu bilik kena sumbat 6 org
Mula-mula aku mcm "what? satu bilik 6 org? penuh lah wehh!"
Tapi bila sampai matrik, Alhamdulillah bilik besar, katil double decker

Ok, aku rasa aku dah lari tajuk. hahaha
Back to topic, mula-mula kitaorang satu bilik mcm stranger kot
yg section A (sha, yana, lalitha) buat hal dorg, section B (aku, nisa, wanie) buat hal kitaorang
mmg tak bertegur dgn roommate kat section A
masa minggu orientasi setiap kali kena beratur ikut bilik
ha, masa niy lah tercari-cari roommate 3 org section A
kalau tak jumpa, aku, nisa ngn wanie beratur jela 3 org. hahaha

Pastu, satu hari tuh kena kumpul dlm dewan. masa ni lah "berkenalan" dgn sha, yana n lalitha
sejak dari tuh kitaorang semakin rapat, rapat dan rapat. hehehe
Setiap dalam bilik tuh, mcm2 perangai
ada yg panas baran, ade yang blur, ade yg selalu ceria, ada yg selalu tersentuh, ada yg buat lawak tapi tak berapa nak lawak, ada yg suka merajuk
tapi dgn pelbagai perangai ni lah yg buat kitaorang makin rapat
makin kenal satu sama lain
walaupun selalu gaduh besar
akhirnya berbaik jugak

Hmmm, sungguh aku rindu roommates kat matrik
kat sini tinggal 2 orang, rasa lain, tak seriuh masa kat matrik dulu
Rindu nak beli nasi lemak seringgit bebanyak, siap tunggu depan bakeri walaupun bakeri tak bukak lagi
hahaha, bentang tikar, makan sama-sama
bila lagi lah kita bole jumpa, kumpul ramai-ramai
sekarang semua dah sambung belajar
Aku doakan dorg berjaya dunia dan akhirat dan dapat capai cita-cita yang dorg impikan

Sampai sini jela entri aku kali ni
Aku lanje sikit gambar roommates aku yang cun-cun

Aku, Nisa, Yana, Lalitha, Wanie, Sha






Wednesday, 30 September 2015

MENTOR

Hai dan Assalamualaikum semua.
Ok, entri minggu ni kena tulis pasal "Mentor"

Apa yang aku tahu pasal mentor ni
Dia mcm bila kita ade masalah
Ha masa ni lah nak jumpa mentor ni ha
Cerita lah masalah yang korang hadapi kat dia
Nanti dia bagilah motivasi kat korang, kaunseling sikit
Yela, hidup sebagai seorang student kan
Mesti akan ada masalah dalam hidup korang
Tipu lah kan kalau takde

Emm, ckp pasal mentor ni
Aku ingatkan masa kat matrik tuh jela last aku ade mentor
Bila masuk universiti, ingat takde dah
Tapi ADA
Hmm, terima saja lahh
Kira ada kebaikan jugak lah ade mentor
At least adalah orang nak denga masalah kita kan

Kalau ikut pengalaman kat matrik
Mentor aku mmg best lah
Baik kot, selalu buat perjumpaan pastu perjumpaan pulak kat cafe
Faham-faham lah kann. hehe
Mentor belanja makan 
Lagipun dia selalu bagi kata-kata semangat
Lagi-lagi masa nak exam
nnti dia buat perjumpaan pastu setiap sorang akan dpt kertas kecik
Dalam tuh dia tulis lah kata-kata semangat
setiap orang ayat dia lain-lain. hehe

so, aku dapat ayat niy. hehe, niy masa nak exam PSPM 2 dia bagi

*sampai masuk sini aku bawak kertas ni*

Itu jela entri aku kali ni

Assalamualaikum :)

Friday, 25 September 2015

Teh O Ais Panas

Hai dan Assalamualaikum semua

Harini tetibe rasa nak update blog. hikhik 
Ok straight to tajuk kat atas tu.

Kisahnya bermula di "Kiosk"
Masa tu aku, roommate aku dgn kawan dia nak sarapan dekat situ
Lepas dah order makanan semua
Kitaorg nak order air lah pulak en

Masa ni lah terjadi kisah "Teh O Ais Panas"
Roommate aku nak order teh o
Tapi disebabkan sebelum ni dia asyik order "Teh O Ais"
Bila dia nak order yg panas punya
Dia pegi tambah panas jadilah "Teh O Ais Panas"

Abang yg amek order tu pun pelik ahh
Dah ais nak panas pulak. haha
Mengekek aku tgok roommate aku
Habis kena bahan dengan abang tu

Sejak dari tu terus malu dia nak order air kat situ
Aku lah yg kena orderkan

Hahahahaha

Wednesday, 23 September 2015

OBSES

Hai dan Assalamualaikum semua.
Ok harini aku nak cerita sedikit pasal "OBSES"

Obses ni dalam erti kata lain sesuatu benda tu sentiasa dalam fikiran atau mengganggu.
Kalau ikut pengalaman aku, emmmm budak yang mak aku mengasuh ni lah.
Dia ni obses sangat dengan "bunga api dan mercun"

Dari umur dia 3 tahun dia start mintak bendalah ni.
Aku bukan apa, aku risau lah benda ni akan terus mengganggu fikiran dia
Dia pun budak kecik lagi
Sampaikan hampir setiap hari lah dia mintak
Kalau dia ingat memang parah ahhh

Mengamuk tak hingat dunia wehh kalau tak dapat
Mana nak cari bunga api wehh bukan musim perayaan pun
Kalau mercun pun setakat mercun "POP" tu jela yang ada jual
Tapi sekarang sejak dia masuk umur 4 tahun aku tengok dia dah kurang mintak lah semua tu
Dia sekarang asyik mintak nak sekolah je
Alhamdulillah
Aku taknak lah fikiran dia asyik terganggu je dengan "bunga api dan mercun"

Ok setakat tu jela aku nak cerita
Meh lah aku lanje sikit gambar budak ni

Ni masa hari raya haritu