Hmmm, dah nak habis semester 1 dah. Setakat ni Alhamdulillah semuanya ok selama belajar di sini. Cuma kadang-kadang macam tak faham apa pensyarah ajar. Jadi, kena lah cari alternatif lain kalau dah tak faham kan. Cuba dapatkan tunjuk ajar daripada rakan kelas lain. Mungkin dapat membantu. hehe
Dan, semalam. Berakhirlah kelas bagi Aplikasi Komputer. Presentation semuanya sudah selesai. Group aku bagi komitmen yang sangat sangat sangat baik. Aku bersyukur dapat ahli kumpulan macam korang. The best ever. In shaa Allah, ada peluang kita berjumpa lagi :) aku sayang korang, serius :')
Jadi, aku nak ucapkan selamat berjaya dan goodluck untuk semua classmate aku untuk exam akhir. Semoga dengan ilmu yang kita dah belajar ni, kita dapat jawab exam dengan baik. Maafkan kalau aku ada buat salah dekat korang. Aku doakan kita semua berjaya dunia akhirat.
Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment