Pages

Friday, 2 October 2015

Ex-Roommates

Hai dan Assalamualaikum semua.
Tetibe terpanggil nak menulis blog malam ni, kalau tak hujung minggu baru nak nulisnya pun.
Ok straight to tajuk yg tertera kat atas tu ha

"Ex-Roommates"

Aku rindu senanya dgn roommates masa kat matrik
Mana taknya satu bilik kena sumbat 6 org
Mula-mula aku mcm "what? satu bilik 6 org? penuh lah wehh!"
Tapi bila sampai matrik, Alhamdulillah bilik besar, katil double decker

Ok, aku rasa aku dah lari tajuk. hahaha
Back to topic, mula-mula kitaorang satu bilik mcm stranger kot
yg section A (sha, yana, lalitha) buat hal dorg, section B (aku, nisa, wanie) buat hal kitaorang
mmg tak bertegur dgn roommate kat section A
masa minggu orientasi setiap kali kena beratur ikut bilik
ha, masa niy lah tercari-cari roommate 3 org section A
kalau tak jumpa, aku, nisa ngn wanie beratur jela 3 org. hahaha

Pastu, satu hari tuh kena kumpul dlm dewan. masa ni lah "berkenalan" dgn sha, yana n lalitha
sejak dari tuh kitaorang semakin rapat, rapat dan rapat. hehehe
Setiap dalam bilik tuh, mcm2 perangai
ada yg panas baran, ade yang blur, ade yg selalu ceria, ada yg selalu tersentuh, ada yg buat lawak tapi tak berapa nak lawak, ada yg suka merajuk
tapi dgn pelbagai perangai ni lah yg buat kitaorang makin rapat
makin kenal satu sama lain
walaupun selalu gaduh besar
akhirnya berbaik jugak

Hmmm, sungguh aku rindu roommates kat matrik
kat sini tinggal 2 orang, rasa lain, tak seriuh masa kat matrik dulu
Rindu nak beli nasi lemak seringgit bebanyak, siap tunggu depan bakeri walaupun bakeri tak bukak lagi
hahaha, bentang tikar, makan sama-sama
bila lagi lah kita bole jumpa, kumpul ramai-ramai
sekarang semua dah sambung belajar
Aku doakan dorg berjaya dunia dan akhirat dan dapat capai cita-cita yang dorg impikan

Sampai sini jela entri aku kali ni
Aku lanje sikit gambar roommates aku yang cun-cun

Aku, Nisa, Yana, Lalitha, Wanie, Sha






No comments:

Post a Comment