Pages

Tuesday, 22 December 2015

Minggu Ulangkaji

Hai dan Assalamualaikum semua.

Dah masuk dah minggu ulangkaji
Baru ingat nak balik kampung. Tapi nanti komfem tak study punya lah
Kannnnnnn
So, aku decide takyah balik lah. Study sini je dgn membe2. ihiks

Tapi, walaupun dah masuk minggu ulangkaji, aku masih lagi tak mula study lagi
Hahahaha, nampak tak diri ni masih tak sedar lagi yang nak dekat exam dah :P
Tapi bukan apa, minggu ni sebok sikit dengan presentation
Ade dua presentation yang perlu diselesaikan minggu ni
Sebab tuh lah tak mula study lagi. hehe

Tapi, Alhamdulillah. Semuanya sudah selesai.
Sekarang ni aku cuma kena "study smart" lah kann
Kena kejar balik apa yang patut ulangkaji
Kalau ikutkan, banyak juga benda yang aku kurang faham
So kenalah struggle sikit untuk cover balik semua tuh

Tapi aku rindu zaman matrik.
Selalu study ramai-ramai dengan roommates 5 orang
Semua keluarkan apa yang dorang faham
Serius rinduuuuuuuu
Kat sini roommate sorang. Kalau tak faham, nak kena tanya kawan-kawan
Kawan-kawan taklah dekat mana pun. hmmm

Apa-apa pun, rajin-rajin kan lah diri tuh untuk study yek. haha
Exam nak dekat dah.
Assalamualaikum


Epilog

Hai dan Assalamualaikum semua.

Hmmm, dah nak habis semester 1 dah. Setakat ni Alhamdulillah semuanya ok selama belajar di sini. Cuma kadang-kadang macam tak faham apa pensyarah ajar. Jadi, kena lah cari alternatif lain kalau dah tak faham kan. Cuba dapatkan tunjuk ajar daripada rakan kelas lain. Mungkin dapat membantu. hehe

Dan, semalam. Berakhirlah kelas bagi Aplikasi Komputer. Presentation semuanya sudah selesai. Group aku bagi komitmen yang sangat sangat sangat baik. Aku bersyukur dapat ahli kumpulan macam korang. The best ever. In shaa Allah, ada peluang kita berjumpa lagi :) aku sayang korang, serius :')

Jadi, aku nak ucapkan selamat berjaya dan goodluck untuk semua classmate aku untuk exam akhir. Semoga dengan ilmu yang kita dah belajar ni, kita dapat jawab exam dengan baik. Maafkan kalau aku ada buat salah dekat korang. Aku doakan kita semua berjaya dunia akhirat.

Assalamualaikum.

Sunday, 13 December 2015

Prolog

Kisah bermula masa aku form 3. Apabila baru habis kelas tuisyen, Azila aku ajak pergi jumpa teman dia jumpa "member" katanya lah. Aku pun teman lah, sebab member kan. Bila dah sampai, emmmmm lelaki. Hahahahahaha, aku dah mula berfikir mungkin teman lelaki dia?

Pada kelas tuisyen seterusnya. tiba-tiba cikgu mula bertanya. "Atifah, siapa lelaki yang bagi buku dekat Azila tuh?". Azila terkedu, aku terdiam. Hahahaha, tengok reaksi muka Azila seperti dia cuak sebab cikgu nampak. Cikgu terus membahan Azila hingga kelas tamat.

Keesokan harinya, ada satu nombor tidak dikenali pada mulanya telefon aku. Aku angkat, suara lelaki. Tetapi dia berbahasa cina. Aku terus tutup. Salah nombor agaknya. Tidak lama kemudian, tiba-tiba nombor yang sama mesej aku. "Hai". Aku mula bertanya. "Siapa ni?". Dalam fikiran aku berfikir, mungkin kawan-kawan nak mengenakan aku. Hahahaha

Bila dah lama-lama mesej, akhirnya dia mengaku dia member kepada member lelaki Azila. Aku syak Azila yang bagi nombor aku kat mamat ni. Pada mulanya, aku malas nak layan sebab aku bukan jenis yang senang nk bercakap dengan lelaki. Tapi tiap hari dia mula mesej aku. Seterusnya, mestilah bersambun-sambung sampai kehari seterusnya. Aku dan dia hanyalah sekadar kawan.

Friday, 4 December 2015

Syukur

Hai dan Assalamualaikum semua
Harini tetiba rasa nak update blog. hehehe :D

"SYUKUR"
Banyak sebenarnya dalam hidup ni kita kena bersyukur
Dalam erti kata lain berterima kasih

Aku bersyukur mempunyai keluarga yang bahagia
Adik-beradik yang selalu bergaduh, tuh yang buat kami makin rapat. Hahahaha 
Mak Abah yang kadang selalu memberi apa yang aku nak
Seolah memahami keinginan aku tersebut
Penting.

Aku bersyukur mempunyai sahabat yang selalu ada ketika senang dan susah
Selalu berkongsi cerita, tapi sayang, kita jauh.
Hanya bole jumpa kat Ipoh ja, itu pun masa cuti
Aku doakan semua berjaya di tempat masing-masing


Aku bersyukur, mempunyai team yang sangat memberi komitmen
Saling memahami, seolah macam sudah lama kenal
Walaupun aku agak tak banyak cakap
Tapi dorang lah yang selalu buat aku gelak gila-gilanya lahh



Itu jela entri aku kali ni
Assalamualaikum :)


Wednesday, 2 December 2015

New Adventures

Hai dan Assalamualaikum semua
Blog kali ni kena tulis pasal akronim untuk nama sendiri tapi diganti dengan perkataan lain
Aku memilih NA = New Adventures

Aku ni jenis yang suka cari pengalaman baru
Bagi aku best cari pengalaman baru ni, dalam masa yang sama bole simpan sebagai memori kita
Yela, mesti ada pengalaman yang suka dan duka kan
Pahit dan manis, ecehwahh :D

Aku jenis yang suka join aktiviti yang lasak
Macam perkhemahan dalam hutan, hiking
Dari situ banyak lah pengalaman yang aku dapat
Macam-macam kita bole dapat
Dapat kawan baru, dapat ilmu baru, dapat memori yang bole disimpan

So, dari sekarang aku mula untuk cari pengalaman baru
Tak lama lagi aku akan ke Cameron Highland
Untuk climberthon and altetiud fitness *taktau lah betul dak eja nya sebab coach yang bagi. haha :D*
Aku tak sabar nak ke sana, sebab nak merasa fitness dalam cuaca yang sejuk dan suhu yang lain dari biasa
Seronok sebenarnya join aktiviti-aktiviti macam ni

Hahahaha :D
Ok lah, sampai sini dulu entri aku kali ni
Aku rasa mcm tak banyak idea mlm ni
Otak dah tak bole fikir panjang

Assalamualaikum :)