Pages

Sunday, 25 October 2015

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

Hai dan Assalamualaikum semua.
Ok, aku nak cerita lah sedikit pasal "Karnival Konvo" ni ha

Aku join bendalah ni jadi exco publisiti
Aku masuk pun sbb akak aku yg tolong
So, aku nak try lah kan
Ingatkan lah senang
Skali, banyak gila kerja kena buat
Banner, banting, poster

Aku bole tahan lagi buat semua tuh
Yang aku tak tahan, bila tetibe dah buat, dorg tukar program
Memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi lah kan
Nasib aku bukan jenis yang tak cepat putus asa
Hahahaha, ayat poyo

So, bagi aku bila join program macam ni
Memang aku dapat pengalaman yang baru lah
Dapat jugak kenal senior-senior
Dan banyak jugak aku bertanya. hahahaha
Kalau tak memang payah senanya aku nak bercakap
Ade skali, aku yang kena ckp kat depan untuk update pasal exco publisiti
Memang ketaq lahhh
Tapi semuanya lancar
Alhamdulillah. heeeee

So, start dari 29 Oktober sampai 3 November 2015
Akan berlangsung lah Karnival Konvokesyen Ke-43 Ukm
Aku pun akan sebok lah masa ni kann
Harap tak banyak assingment lah nanti ye
hahahaha

Korang semua bolelah datang nanti ye
Memeriahkan lagi Karnival Konvo ni
Macam-macam aktiviti menarik ada tauuuu
Artis jemputan pun ada wehhhh
hehehehe

Ok lah, sampai sini je entri aku kali ni
Selamat Malam
Assalamualaikum :)

SESAL

Hai dan Assalamualaikum semua.
Macam biasalah, bila tiba hari ahad baru berkesempatan menulis blog
Minggu yg agak busy jugak lah
Dengan karnival konvo yg dah nak dekat dan jugak sukem yang masih berlangsung
So, agak busy lah minggu ni

Ok, straight to tajuk kat atas tuh
"SESAL"
bak kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'
hahahaha. macam tak kena je 

Minggu ni banyak jugak perkara yang aku sesal
First, sesal sbb masa dalam kelas sir Azzwan tak tanye balik mcm mana nak buat page number kat microsoft
Lepastu masa nak jawab lab test
Ha, amekauuuu. ntah pape page number nya
Berterabur, dengan page 1 ulang 2 kali. 
Tuh lah, masa sir tanya "ade soalan tak?"
Takmau p tanye. kan dah sesal


Second, aku sesal sebab tak turun training untuk olahraga setiap ptg
Hahaha
Dah lah masuk acara 200 meter dgn 4x400 meter
Pastu tak turun training. Turun pun 2 kali je
Ha, bila dah tiba tarikh pertandingan (jumaat harituh)
Mahu tak gelabah aku dibuatnya
Dgn tak berapa training, mmg aku main lari jela masa tuh
Tak fikir dah nak menang apa semua
Fikir aku dapat habiskan larian je
Hahahaha, bapak terukkkkk

Ade lagi lah benda yg aku sesal
Kali ni aku malas nak tulis panjang-panjang blog ni
So, sampai sini sahaja lah entri aku kali ni


Malam nnti aku update lagi
Assalamualaikum :)


Sunday, 18 October 2015

SUKEM

Hai dan Assalamualaikum semua
Ok, disebabkan kena cukupkan 8 blog (mlm ni last)
So, aku nak menulis sikit lah entri ni

SUKEM
Ok, cakap pasal sukem, aku dah bagitahu kan kat post sebelum ni
Aku masuk acara Softball
Actually, aku takdelah tahu sangat main softball ni
Pukul selalu tak kena. hahahaha

So, aku mencuba untuk mewakili kolej ibu zain dalam acara softball
Kiranya aku nak mencari pengalaman lah kan
hehe

Pada mulanya dia ada buat pemilihan jugak
Aku dah nebessss dah time tu
Mana taknya, aku dah lah tak pandai main sgt
So, bila ada yg tarik diri, dia tak buat pemilihan
Kiranya semua yg turun training tu, semuanya masuk
hehehe, lega aku sebabnya aku nak jugak wakil kolej

Ok, berlatih punya berlatih
Tibalah hari perlawanan
Mula-mula kitorang lawan dengan ktho
Menang. hehehehe

Lepastu esoknya, lawan dengan ktdi pulak
Tapi kitorg kalah.
Then lawan dgn kpz, kitorg kalah lagi
So, tak dpt lah teruskan perlawanan hingga ke suku dan final

Apa-apa pun, aku suka dengan semangat team aku
Memang semua perform sangat sangat
Training pun selalu turun
Walaupun masa lawan tuh pitcher kitorg asyik kena psycho je kan
Tapi kitorg watlek jekkk
Hiraukan je orang lain. tetap tersenyum :)

Akhir kata, Aku bangga jadi buzainer athlete bagi acara Softball
banyak pengalaman aku dpt
dan banyak jugak ilmu pasal softball yg aku dpt

So,mcm biasa lah. aku lanje sikit gambar. hehehe

Aisyah, kak Madi, kak Umi, kak Ain, kak Aishah, kak Syida, Aku, kak Fatin, kak Zikah, Baiti



BEBAN

Hai dan Assalamualaikum semua.
Baru berkesempatan untuk menulis blog

Kalau berpandukan TITLE kat atas tu
Rasa beban sgt nak buat semua aktiviti minggu ni

Mana tak nya, sebok dgn latihan softball untuk sukem setiap petang
Sebab nya lawan pada 17/10 - 18/10
So, kena lah gigih turun latihan setiap petang

Aku terasa sgt banyak beban sekarang
Assignment tak terbuat
Study untuk mid term pun tak terjalan

Harini pulak ditambah beban dgn kekalahan team softball buzen
Tak semangat rasanya nak buat semua benda
Macam-macam jadi harini

Main tengah hari dgn jerebu
Panas dia toksah cakap lahhhhhhh
Panas baqhang
Mood memang dah kelaut
Kena physco dgn team lawan. Fehhhhhhh
Memang tak terdaya dah perasaan ni
Semua benda ada je tak kena

So, akhir kata.
Aku terasa beban sgt minggu ni dgn macam-macam aktiviti
Sebok sangat sangat sangat

Apa-apa pun aku bangga dengan buzainer athlete untuk softball
Memang semua perform habis habisan

Itu jela entri untuk masa ni
Malam nnti aku update lagi satu

Assalamualaikum




Sunday, 11 October 2015

KENANGAN MANIS

Hai dan Assalamualaikum semua.
Tetibe malam ni nak tulis entri ni
Sebab nya aku teringat kenangan-kenangan manis masa kat sekolah dulu

Aku dulu kat sekolah aktif dalam badan beruniform
Aku ni jenis yg suka aktiviti-aktiviti yg lasak
Aku join Kadet Pertahanan Awam (KAPA)
start dari aku form 3 aku masuk kawad kaki untuk KAPA dalam sukan sekolah
bila dah ada rasa minat tuh, ha mulalah sampai ke form 5 asyik muka aku je yang masuk kawad kaki
hahahahaha

So, masa aku form 5 sekolah kitorang ade terpilih untuk pertandingan antara sekolah-sekolah kat zon aku ni
Aku pun apa lagi join jela
Nak cari pengalaman
hehehe

Ok, kitorang dilatih oleh jurulatih dari JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia)
Dia punya latihan mmg kaw-kaw punya
Memang sakit ahhh
Jurulatih yang garang, langsung tak senyum, kawad sampai tak henti untuk berehat
Fehhhh, mmg kena habis

Tapi, Alhamdulillah
Walaupun kena latih teruk-teruk
Kitorang menang masa pertandingan tuh
Memang banyak acara lah menang
Kawad kaki JOHAN, then ada lagi bnyk acara yang dpt JOHAN dan NAIB JOHAN
(aku tak ingat acara lain, aku ingat kawad kaki je. hahaha)
Keseluruhan sekolah kitorang JOHAN

So, itu baru menang Peringat Daerah
Lepas tu kitorang lawan untuk Peringkat Negeri

Malangnya, nasib tidak menyebelahi sekolah kitorang
Kitorang dpt NAIB JOHAN untuk kawad kaki
dan NAIB JOHAN untuk keseluruhan.

Apa-apa pun bagi aku itulah kenangan yang paling manis masa kat sekolah
Bukan senang nak masuk pertandingan ni
Kira aku dpt pengalaman, ilmu dan dapat kawan baru

Meh aku lanje sikit gambar masa Peringkat Daerah. Masa peringkat Negeri takde gambar. hahaha

Ni lawan kat PGA tempat tinggal aku. hahaha, padang kawad niy dekat je hah ngn blok aku
Ok, setakat tuh jela entri aku kali ni
Nanti aku share pasal Kawad Kaki kat matrik pulak. hahahah

Assalamualaikum :)

Saturday, 10 October 2015

10/10

Hai dan Assalamualaikum semua.
Baru berkesempatan menulis blog untuk minggu ni. 
Biasa lah busy dengan latihan untuk Sukem.

Emm, 10/10 ehh
aku senanya takde idea nak tulis pasal apa dengan tarikh 10/10 ni
yela, nak cerita pasal masa silam aku, takde peristiwa apa2 yg berlaku pada tarikh tu

Aku siap tanye kawan aku
"wehh bagi idea nak tulis blog pasal 10/10 ni"
Then kawan aku pun cakap ah, tunggu lah 10/10. 
Sebab nya 10/10 ni tarikh Hari Sukan Negara

So, kena ckp lah pasal sukan enn. 
Aku tak cerita panjang
Aku cerita pasal abah aku lah
hahaha
Nak cerita pasal aku, aku tak p bersukan pun harini. p latihan softball je ha

So, pagi tadi aku bukak whatsapp,
tgok abah aku hantar gambar
Pasukan Gerakan Am tempat abah aku kerja ade buat aktiviti sukan sikit sempena Hari Sukan Negara ni

meh lanje sikit gambar, hahahaha 

yang aku bulat tuh abah aku. hehe, nampak tak betapa teruknya jerebu kat sana

Dorang buat aktiviti ni dgn rekrut dorang yang pakai baju putih kat belakang tu ha
Yang baris depan2 ni geng abah aku
Dorang ni sebagai jurulatih untuk rekrut tu

Em, ok lah. aku pun tak tahu nak tulis apa dah
hahaha
Tu jela entri aku kali ni

Assalamualaikum :)





Friday, 2 October 2015

Ex-Roommates

Hai dan Assalamualaikum semua.
Tetibe terpanggil nak menulis blog malam ni, kalau tak hujung minggu baru nak nulisnya pun.
Ok straight to tajuk yg tertera kat atas tu ha

"Ex-Roommates"

Aku rindu senanya dgn roommates masa kat matrik
Mana taknya satu bilik kena sumbat 6 org
Mula-mula aku mcm "what? satu bilik 6 org? penuh lah wehh!"
Tapi bila sampai matrik, Alhamdulillah bilik besar, katil double decker

Ok, aku rasa aku dah lari tajuk. hahaha
Back to topic, mula-mula kitaorang satu bilik mcm stranger kot
yg section A (sha, yana, lalitha) buat hal dorg, section B (aku, nisa, wanie) buat hal kitaorang
mmg tak bertegur dgn roommate kat section A
masa minggu orientasi setiap kali kena beratur ikut bilik
ha, masa niy lah tercari-cari roommate 3 org section A
kalau tak jumpa, aku, nisa ngn wanie beratur jela 3 org. hahaha

Pastu, satu hari tuh kena kumpul dlm dewan. masa ni lah "berkenalan" dgn sha, yana n lalitha
sejak dari tuh kitaorang semakin rapat, rapat dan rapat. hehehe
Setiap dalam bilik tuh, mcm2 perangai
ada yg panas baran, ade yang blur, ade yg selalu ceria, ada yg selalu tersentuh, ada yg buat lawak tapi tak berapa nak lawak, ada yg suka merajuk
tapi dgn pelbagai perangai ni lah yg buat kitaorang makin rapat
makin kenal satu sama lain
walaupun selalu gaduh besar
akhirnya berbaik jugak

Hmmm, sungguh aku rindu roommates kat matrik
kat sini tinggal 2 orang, rasa lain, tak seriuh masa kat matrik dulu
Rindu nak beli nasi lemak seringgit bebanyak, siap tunggu depan bakeri walaupun bakeri tak bukak lagi
hahaha, bentang tikar, makan sama-sama
bila lagi lah kita bole jumpa, kumpul ramai-ramai
sekarang semua dah sambung belajar
Aku doakan dorg berjaya dunia dan akhirat dan dapat capai cita-cita yang dorg impikan

Sampai sini jela entri aku kali ni
Aku lanje sikit gambar roommates aku yang cun-cun

Aku, Nisa, Yana, Lalitha, Wanie, Sha